Selasa, 13 Oktober 2015

Aktiviti Kelab Bimbingan & Kaunseling dan PRS

Di sini dikongsikan beberapa aktiviti yang laksanakan oleh ahli-ahli Kelab Bimbingan & Kaunseling dan Pembimbing Rakan Sebaya pada tahun 2015 ini.


Aktiviti         : Gerai Jualan Sempena Hari Keusahawanan SMKDMYS
Tarikh           : 17 September 2015
Hari              : Khamis
Tempat         : Gerai No. 31 (Susur Gajah)
Menu Jualan : Cheese Cakes, Cheesekut dan Keropok Ikan



Aktiviti : Projek Seni Dinding
Tarikh   : 13 September 2015
Hari      : Ahad
Tempat : Koridor Unit Bimbingan dan Kaunseling


Terima kasih kepada semua ahli yang terlibat dalam menjayakan aktiviti tahunan seperti yang telah dirancangkan.

"Makes BIG Changes in a Small Steps"

Sabtu, 5 September 2015

Panorama UBK Smkdmys...



Sekadar perkongsian..masih banyak penambahbaikan yang perlu dibuat..

Kenali GBKSM @ Smkdmys !

GBKSM 1 : Encik Md Fouzi bin Sailan

GBKSM 2 : Encik Noradzman bin Roslan
GBKSM 3 : Puan Suzen binti Abd Gani
GBKSM 4 : Puan Mezah binti Janaim



Pamphlet Baharu UBK Smkdmys !




UBK Smkdmys telah pun memperbaharui imej dan maklumat yang terkandung di dalam risalah Unit Bimbingan dan Kaunseling. Terima kasih kepada Encik Yadihashim Dieysan atas bantuan dan khidmat bakti dalam menghasilkan risalah baharu ini..

Isnin, 24 Ogos 2015

Stereotaip Tentang Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Ramai yang anggap Unit Bimbingan dan Kaunseling tempat bagi orang yang bermasalah. Sebenarnya tanggapan itu salah sama sekali. 

Unit Bimbingan dan Kaunseling terbuka kepada semua dan kami menawarkan beberapa bentuk perkhidmatan kepada anda termasuk sesi bimbingan dan kaunseling individu /kelompok. Kebanyakkan sesi yang dijalankan  meliputi bidang peribadi, akademik, kekeluargaan, kes disiplin, maklumat kerjaya, psikososial dan sebagainya.

Di samping itu juga Unit Bimbingan dan Kaunseling juga mengendalikan program-program yang menyeluruh kepada semua pelajar SMKDMYS. Program-program yang dikendalikan adalah berdasarkan kepada 4 fokus ini : 
  • Pembangunan dan Perkembangan Sahsiah Diri Murid
  • Peningkatan Disiplin Diri Murid
  • Pengurusan Kerjaya Murid
  • Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid
Selain itu, kaunselor atau guru bimbingan dan kaunseling juga dianggap sebagai 'Problem Solver'. Sesiapa yang menerima khidmat kaunseling dianggap akan berubah menjadi lebih baik selepas beberapa sesi dijalankan. Tanggapan itu juga salah dan perlu diubah sebenarnya. Kaunselor atau guru bimbingan dan kaunseling bukanlah penyelesai masalah, tetapi fasilitator yang memudahcara dan membantu klien dalam proses membuat keputusan atau menyelesaikan sesuatu permasalahan. 

Perubahan tingkah laku tidak boleh berlaku secara drastik, kerana perubahan adalah suatu proses dan memerlukan tempoh masa. Jika perubahan itu drastik, maka ia adalah 'plastik' ! (pura-pura).
Program Jejak Amal Warga Emas (DWEN)

Tarikh   : 12 Ogos 2015 (Rabu)
Tempat : Kg. Jeram Batu, Pekan Nanas, Pontian.

Program ini merupakan aktiviti tahunan bagi Unit Bimbingan dan kaunseling SMKDMYS yang melibatkan ahli Pembimbing Rakan Sebaya dan juga ahli Kelab Bimbingan dan Kaunseling.