Unit Bimbingan dan Kaunseling terbuka kepada semua dan kami menawarkan beberapa bentuk perkhidmatan kepada anda termasuk sesi bimbingan dan kaunseling individu /kelompok. Kebanyakkan sesi yang dijalankan meliputi bidang peribadi, akademik, kekeluargaan, kes disiplin, maklumat kerjaya, psikososial dan sebagainya.
Di samping itu juga Unit Bimbingan dan Kaunseling juga mengendalikan program-program yang menyeluruh kepada semua pelajar SMKDMYS. Program-program yang dikendalikan adalah berdasarkan kepada 4 fokus ini :
- Pembangunan dan Perkembangan Sahsiah Diri Murid
- Peningkatan Disiplin Diri Murid
- Pengurusan Kerjaya Murid
- Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid
Perubahan tingkah laku tidak boleh berlaku secara drastik, kerana perubahan adalah suatu proses dan memerlukan tempoh masa. Jika perubahan itu drastik, maka ia adalah 'plastik' ! (pura-pura).